Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Saturday, July 10, 2010

simposium sukan pahang

TUNAS JIRAN & JIRAN MUDA BERKOMPANG

Lokasi : Dewan Tun Abdul Razak Temerloh
Tarikh : 28.03.2010

Aktiviti ini pula adalah Jemputan bermain kompang sempena Perasmian Simposium Sukan Peringkat Negeri Pahang.. Terima kasih kepada En.Musa yang memberi kepercayaan kepada anak-anak TRISMA untuk memeriahkan lagi penganjuran tersebut..



Friday, July 9, 2010

xplorace 03 gambira

bersambung...

Walaupun sedari awal TRISMA telah mengetahui memang takkan menang pertandingan ini kerana mendapat klu bayangan yang salah.. tetapi pasukan TRISMA tetap meneruskan cabaran dengan GEMBIRA.. Memang TRISMA pantang MENYERAH KALAH.. Tahniah kepada pengerusinya yang memang cekal hati dan semangat..

Lihatlah Gambar di bawah..

Tetap HAPPY dalam semua situasi dan cabaran yang diberikan..



Thursday, July 1, 2010

xplorace02

Jom kita lihat aksi-aksi menarik sepanjang xplorace tersebut..

# salah satu tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta pada checkpoint tersebut ( GAMBAR 4 ) iaitu melontar bola besi ke dalam gelung tayar dihadapan berjarak 5 meter di hadapan lebih kurang...

# Gambar 3 - Aksi yang diperlukan ketika melontar bola besi tersebut.. AKSI AKROBATIK LAGI UNIK ini dikatakan mendapat 10++ mata penuh oleh panel juri.. hehehe..

# gambar 2 - Apa pula dilakukan di sebalik pokok ramai-ramai tuh.. ooo itulah acara mencatat nama saintifik pokok yang diperlukan.. hmm susah jugak ekk..

# gambar 1 - ketika sampai ke garisan penamat..



xplorace01

Tarikh : 26.06.2010
Tempat : Kubang Gajah Temerloh
Jam : 2.00 petang

Deskripsi :
Terlebih dahulu TRISMA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPNIN Temerloh yang sudi mempelawa kami menyertai Explorace anjuran MPT ini..

Acara bermula jam 2.30 petang ( taklimat ) dan mula bergerak menghabiskan kesemua 10 checkpoint yang diperlukan pada jam 2.45 petang.. Kesemua peserta perlu menghabiskan kesemua 10 tugasan di 10 checkpoint yang disediakan. Pertama kali TRISMA menyertai acara sebegini.. boleh dikatakan acara ini sangat menarik.. Sebanyak 15 pasukan yang terdiri seramai 6 orang sepasukan semuanya menyertai explorace MPT ini..

LIHAT GAMBAR DIBAWAH..

Gambar 2 & 4 - Peserta diberi taklimat di bawah sinaran mentari yang terik.. namun semua peserta tetap bersemangat.. dan yang penting kesemuanya selamat sampai ke checkpoint terakhir dengan selamat sihat segar bugar.. tak ada yang cedera pengsan dan sebagainya.. Kelihatan TRISMA ( baju merah ) dan JPNIN ( baju biru ) berbaris bersebelahan.. hmm bagai anak dan ayah.. walaupun bagai anak dan ayah.. bersaing tetap bersaing.. tiada kompromi..

Gambar 1 & 3 - Kesungguhan peserta TRISMA mencari klu tersirat disebalik pantun yang disediakan.. berlari ke hulu ke hilir mencari sesuatu.. seperti ibu kehilangan anak.. tapi dalam gambar tu bukan seperti ibu mencari anak.. tapi macam AYAM KENA KEJAR SERIGALA huhu..













Wednesday, June 30, 2010

simposium di Melaka

Gambar di bawah merupakan sebahagian dari aturcara pada simposium Rukun Tetangga yang berlangsung selama 3 hari tersebut..

Gambar 1 - merupakan perasmian yang dilakukan pada petang Jumaat yang dilakukan oleh Datuk Dr Koh TsuKoon

Gambar 4 - Wakil TRISMA.



Thursday, June 24, 2010

Anugerah Kecemerlangan RT Kebangsaan

Tarikh : 21.05.2010
Tempat : Negeri Melaka Bandar Bersejarah..

Seawal jam 7.00 pagi Pasukan penyokong 1 bas dari Temerloh yang merangkumi 3 KRT iaitu KRT Taman Sri Semantan ( Pengurusan Jiran Muda Terbaik ) KRT Taman Temerloh Jaya ( Projek Ekonomi Terbaik ), dan KRT Taman Sri Kemuning Indah ( Pengurusan SRS Terbaik ) yang mana masing-masing mewakili Daerah Temerloh sempena Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga 2010 Peringkat Kebangsaan bergerak ke Negeri Melaka..

Tarikh 21.05.2010 ini merupakan tarikh bersejarah bagi 3 KRT yang bertanding mengikut kategori yang dicalonkan ini.. Apatah lagi ianya adalah Peringkat Kebangsaan.. masing-masing menuju kesana dengan satu harapan..

Bagi KRT Taman Sri Semantan ini, inilah kali pertama KRT TRISMA bertanding dan ianya merupakan satu penghargaan TERTINGGI setakat ini.. Menang atau kalah bukan lagi menjadi topik di TRISMA tetapi tercalon sahaja ke peringkat ini sudah cukup membanggakan buat TRISMA..

Pengerusi KRT dan Nurul Syahida Abd JAlil ( pembentang utama profail JM peringkat kebangsaan ini ) pula dan beberapa wakil KRT lain pula menaiki 1 lagi bas pada jam 9.00 pagi dimana mereka berdua ini bukan sahaja akan naik ke pentas untuk menerima sijil penyertaan malah mereka akan tinggal disana selama 2 hari bagi menyertai Simposium Rukun Tetangga yang diadakan serentak...

Malam jam 8.30.. Detik yang dinantikan semua peserta KRT yang bertanding.. Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Melaka..

Keputusannya : KRT TRISMA memenangi tempat KETIGA bagi pengurusan Jiran Muda Terbaik Kebangsaan.. Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi.. Sekurang-kurangnya KRT TRISMA tidak pulang dengan tangan kosong dan berjaya menempatkan nama sebaris dengan KRT lain yang berjaya..

Buat Jiran Muda TRISMA syabas dan tahniah diucapkan...

Lihat Gambar 2 : Dari kiri...
Pengerusi KRT TRISMA Hazahanizal Rasak( baju merah menyala ),Puan Fairojibanu Zainal Abidin ( Pengarah JPNIN Pahang ), Dato' Hj Mohammad Sahfri Abd Aziz, Nurul Syahida Ab Jalil, Ahmad Hafizi Jalil, Mohd fareez Zainudin, Farhanum Jamaludin, Pn Aziza Ab Rawi ( Pegawai JPNIN Temerloh )... Depan : Nor Tasnim Syahera Bt Rasak dan Mohd Faeiz Helmey Mohd A'sia



Saturday, June 19, 2010

Dodgeball sempena Bulan Perpaduan Pahang 03

bersambung....

Berikut merupakan aksi paling menarik iaitu aksi pasukan sorak..

Info permainan..
# Setiap pasukan Dodgeball mesti ada pemain-pemain dodgeball seramai 6-8 orang di kalangan Jiran Muda lelaki..
# Mesti ada seorang pengulas yang mampu mengulas permainan ini..
# mesti ada Pasukan Sorak yang terdiri dari 8-10 orang jiran muda perempuan. Pasukan Sorak ini mesti kreatif mencipta rentak lagu gerakan tarian sepanjang permainan dodgeball dimainkan Jiran Muda Lelaki.
# Setiap permainan berlangsung selama 8 minit. penat tuh kalau tak biasa..

Profail bergambar..
Kesemua gambar menunjukkan aksi menarik pasukan sorak TRISMA... lihat gambar.. mereka begitu dikagumi dengan tongkat sakti "sua sue kemuning" itu.. Mereka menjadi perhatian HEBAT termasuk dari wartawan METRO, SINAR HARIAN PAHANG dll.. Tapi sayang aksi mereka mungkin tidak begitu digemari oleh panel juri.. Walau apapun mereka MENANG di hati pengunjung yang melihat aksi mereka ini...




Friday, June 18, 2010

Dodgeball sempena Bulan Perpaduan Pahang 02

bersambung..

Gambar dibawah menunjukkan sebahagian aksi Pemain-pemain dodgeball dan aksi pengulas bagi setiap pasukan.





Dodgeball sempena Bulan Perpaduan Pahang

Sempena Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Negeri Pahang tahun 2010 ini.. sekali lagi TRISMA diberi peluang untuk mewakili Temerloh bagi acara DODGEBALL kategori Jiran Muda

# Gambar menunjukkan persiapan yang dilakukan Jiran Muda Perempuan untuk pasukan sorak.. Mereka sedang mencipta sejenis alat muzik berasaskan bahan terbuang.. lihat gambar.. alat tersebut berbentuk tongkat sua sue kemuning seperti dalam cerita pramlee tuh..

# wow.. kreatifnya mereka.. harapnya menang lah kategori pasukan sorak terbaik..



Taklimat Dodgeball Peringkat Negeri

Taklimat dodgeball Peringkat Negeri Pahang.
Terima Kasih kepada JPNIN kerana memilih TRISMA sbg medium untuk pertemuan seluruh wakil peserta dodgeball setiap Daerah PERINGKAT NEGERI..

Taklimat diberi adalah bersempena Hari Perpaduan Peringkat Negeri di Jerantut 19.05.2010 nanti


Wednesday, June 16, 2010

presentasi Profaul Jiran Muda02

bersambung...

Gambar 1 - Disaat ini.. Pembentangan Profail telah siap dilakukan.. dan Ketua Panel Juri sedang memberi sedikit pandangan, nasihat, motivasi serta menguccapkan syabas dan tahniah kepada TRISMA yang berjaya dicalonkan ke Peringkat Kebangsaan..

Gambar 2 - Kesemua yang hadir menikmati sedikit jamuan tengahari

Gambar 3&4 - Sedikit cenderahati disediakan oleh tuan rumah kepada panel juri sebagai tanda kenang-kenangan yang tulus ikhlas..




Tuesday, June 15, 2010

Presentasi Profail Jiran Muda

Tarikh : 25.4.2010
Tempat : Bilik Rukun Tetangga

Ini merupakan majlis Presentasi Profail Jiran Muda sempena Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2009 kategori : Pengurusan Jiran Muda Terbaik..

Bertitik tolak dari kejayaan Jiran Muda TRISMA memenangi Anugerah Pengurusan Jiran Muda Terbaik Pahang.. sekali Jiran Muda TRISMA terpilih mewakili Negeri Pahang bagi kategori anugerah tersebut..

Lihat Gambar :

Gambar 1&2 - Barisan Panel Juri yang terdiri dari JPNIN Pusat dan Wakil Kementerian Belia dan Sukan. Lihat wajah mereka yang serius tersebut.. pastinya menggerunkan anak-anak Jiran Muda yang bertanding..

Gambar 3&4 - Ketika mula-mula panel juri sampai di TRISMA.. Mereka disambut dengan pasukan kompang dari Jiran Muda n Tunas Jiran Trisma..




Sunday, June 13, 2010

Main kompang...

satu lagi contoh dimana Jiran Muda TRISMA memeriah majlis kenduri kahwin di Taman Sri Semantan.. Disaat ini mereka masih belum mempunyai uniform khas..