Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Wednesday, April 28, 2010

Kem Padu Anak Malaysia 2008

Kem Padu Anak Malaysia ( KPAM ) 2008 Peringkat Kebangsaan.

Sekali lagi TRISMA diberi peluang untuk menyertai Kem anjuran JPNIN ini. Seramai 3 peserta Jiran Muda yang berumur 15 tahun dipilih untuk tujuan ini..



Monday, April 26, 2010

Kem Padu Anak Malaysia 2006

Kem Padu Anak Malaysia ( KPAM )2006..

Seramai 6 orang Jiran Muda TRISMA mewakili Daerah Temerloh menyertai Aktiviti kem yang dianjurkan JPNIN negeri Pahang ini..

Tempat : Bentong pahang.




Saturday, April 24, 2010

Seminar Pengukuhan Perpaduan Dan Pembinaan Bangsa Malaysia

Seminar Pengukuhan Perpaduan dan Pembudayaan bangsa Malaysia peringkat Negeri Pahang 2008. TRISMA ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada JPNIN Temerloh yang sudi memberi peluang kepada Jiran Muda TRISMA menyertainya..

Tarikh : 21 - 23 Disember 2008
Tempat : Hotel Grand Continental Kuantan

Gambar 1 - 6 orang peserta Jiran Muda TRISMA menyertainya
Gambar 2 & 3 - Bergambar kenangan dengan semua peserta dari semua Daerah di Pahang





Aktiviti untuk Jiran Muda

Friday, April 23, 2010

Lawatan Integrasi SABAH

Kebiasaannya JPNIN Negeri akan menghantar setiap Wakil KRT ke satu Lawatan Integrasi Ke Sabah. Pemilihan peserta berdasarkan kepada yang lama berkhidmat dengan kerja-kerja sukarela ini mahupun kepada mereka yang banyak menyumbang bakti terhadap JPNIN dalam melakukan aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga.

Pada tahun 2006 ini.. JPNIN Daerah Temerloh telah mencalonkan Puan Hasnah Hasan untuk menyertai Lawatan Integrasi ini... Bertepatan dengan kegigihan beliau melaksanakan program Jiran Wanita mahupun RT.




Thursday, April 22, 2010

Sambutan Hari Perpaduan PERLIS

Setiap tahun JPNIN Pusat akan mengadakan Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Negeri yang terpilih. Pada tahun 2006 ianya diadakan di Negeri Perlis Indera Kayangan. Seramai beberapa wakil dari daerah Temerloh mewakilinya.. Ini tidak ketinggalan KRT TRISMA.. Pengerusi Jiran Wanita ( Pn. Hasnah Hasan ) mewakili sbhgian KRT daerah Temerloh

* Gambar Ketiga- Dari tepi kiri itulah Puan Hasnah Hasan..
* Gambar 4 - Kelihatan seluruh wakil KRT dari Negeri Pahang bergambar kenangan di khemah yang disediakan



INFO JPNIN

SEJARAH :
1 Julai 1969 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1972 Kementerian Perpaduan Negara
1974 Lembaga Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1980 Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1983 Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1990 Jabatan Perpaduan Negara (Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat)
2004 Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)
2008 Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian & Warisan)
April 2009 Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)

Visi : Menjadi Sebuah Agensi Kerajaan Yang Unggul Dalam Usaha Melahirkan Bangsa
Malaysia Yang Bersatu Padu, Berwawasan Dan Berdaya Maju

Misi : Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan Interaksi
Sosial Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu Dan Beridentiti
Nasional

Moto : " BERSATU KITA MAJU "

Piagam Pelanggan :

MERANCANG, MENYELARAS DAN MELAKSANAKAN 4 PROGRAM UTAMA YANG BOLEH MEMUPUK DAN MENGUKUHKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL SERTA MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK DI KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI NEGARA INI IAITU; PROGRAM MENYAMBUT SEMANGAT PATRIOTISME, PROGRAM PROMOSI PERPADUAN, PROGRAM INTEGRASI WILAYAH/KAUM DAN PROGRAM PERHUBUNGAN KOMUNITI

MENENTUKAN PENUBUHAN RUKUN TETANGGA SIAP DAN DILULUSKAN DALAM TEMPOH DUA (2) BULAN DARI TARIKH PERMOHONAN

MENGADAKAN KURSUS DAN LATIHAN KEPADA SEKURANG-KURANGNYA 1000 AHLI RUKUN TETANGGA SETIAP TAHUN

MEMPROSES PERMOHONAN YANG LENGKAP TABIKA PERPADUAN DALAM TEMPOH TIGA (3) BULAN DARI SURAT PERMOHONAN

MELAKSANAKAN PEMBUKAAN TABIKA BARU PADA TAHAP 100% DALAM MASA SETAHUN

MENGURUS DAN MEMBUAT PEMBAYARAN BAGI SEGALA URUSAN KEWANGAN DALAM MASA 14 HARI SELEPAS TARIKH PENERIMAAN

MELAKSANAKAN KURSUS-KURSUS DAN LATIHAN KEPADA TAHAP 80% BERDASARKAN PERANCANGAN TAHUNAN IKLIN

MENYIAP DAN MELAKSANAKAN 5 KAJIAN/PENYELIDIKAN BERKAITAN PERPADUAN DAN INTEGRASI SETAHUN

SUMBER MAKLUMAT : http://www.jpnin.gov.my/home

Anda boleh layari laman web tersebut bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci. Terima kasih..

Wednesday, April 21, 2010

Mesyuarat KRT 02

Tempat : Bilik Rukun Tetangga
Jam : 9.00 malam

Gambar-gambar dibawah sekadar menunjukkan contoh mesyuarat KRT.. Tarikh mesyuarat setiap gambar adalah berbeza..


mesyuarat KRT

Tempat : Dewan Serbaguna 3B
Jam : 9.00 malam

Di antara agenda mesyuarat ialah membincangkan perancangna untuk melakukan Jamuan Hari Raya KRT..



Tuesday, April 20, 2010

ADAB MENJELANG PEPERIKSAAN 2007

ADAB MENJELANG PEPERIKSAAN :
Tempat : Bilik Rukun Tetangga
Jam : 3.00 petang

Aktiviti ini hanya dibuka kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di Taman Sri Semantan shj. Ceramah Motivasi ini telah disampaikan oleh Ust Mohd Saat.

Kelihatan beberapa AJK KRT turut hadir dan menyampaikan sedikit cenderahati semangat buat pelajar-pelajar ini. Seramai 26 orang pelajar menyertai ceramah ini..



Monday, April 19, 2010

RMJM 02

Gambar 1&2 menunjukkna Pengerusi JKKK Kg Megat Segama diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada peserta dan pemenang..

Gambar 3 - Pengerusi KRT menyampaikan Hadiah kepada peserta bola jaring

Gambar 4 - jadual Perlawanan Liga bola sepak RMJM












RMJM

Rakan Muda Jiran Muda ( RMJM ) Liga Sukan Komuniti 2007 merupakan satu akitiviti hasil usahasama gabungan JPNIN, Kementerian Belia & Sukan( KBS ), Majlis Kecergasan Kebangsaan ( MKK ) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT ). Alhamdulillah TRISMA diberi peluang untuk menjayakan aktiviti ini. Setiap KRT yang diberi peluang akan menerima sebanyak RM3500.00 untuk menjayakan 2 jenis aktiviti secara liga untuklelaki dan perempuan. Untuk lelaki sukannya : bolasepak, sepak takraw, bola keranjang. Manakala, perempuan pula jenis sukannya : bola jaring dan bola keranjang, jadi, setiap KRT perlu memilih 1 jenis sukan untuk setiap lelaki dan perempuan.. Had umur untuk RMJM Liga Sukan Komuniti ini adalah bermula dari 10 tahun - 15 tahun.

Info aktiviti tersebut seperti berikut :

TEMPAT : Padang Sri Kemuning
HARI : AHAD ( 29 / 8 / 2007 )
JAM : 7.30 pagi – 6.00 petang

# Kita ikuti laporan Bergambar seterusnya..






Gmbr 2&3 adalah ketika mula sampai di Padang Sri kemuning untuk sesi pendaftaran dan pembahagian kumpulan

Gmbr 1 - adalah sedikit aksi permainan bola jaring.

Thursday, April 15, 2010

LJG 2006 ( 02 )

wooowww.. Ramai sungguh penyertaan peserta pada tahun 2006 ini...

( Gambar 2 )Kelihatan wakil JPNIN Temerloh Mohd Jemy Ramli pun turut hadir memeriahkan lagi suasana.

Gambar bawah - merupakan kategori paling ramai penyertaan


LJG 2006 ( 01 )

Lihat lah betapa meriah nya aktiviti LJG ini...
Kelihatan di Gambar 1... seorang wakil kaum tionghua mngambil bahagian..

Lihat gambar 2&3 - kelihatan begitu ramai yang keluar mengambil bahagian..

Gambar 4&5 pula adalah penyertaan peserta mengikut kategori yang telah ditetapkan..




Monday, April 12, 2010

Larian Jalur Gemilang ( LJG ) TRISMA

Larian Jalur Gemilang ( LJG ) TRISMA ini telah diadakan sejak tahun 2002 lagi... Pengasas kepada acara ini sudah tentunya sdr HAZA ( juga dikenali sbg ABG AZ ). Di TRISMA sebut sahaja LJG, secara automatis nya semua penduduk TRISMA akan tau yang handle program nie tentu Haza/AZ.

Pada Tahun 2002.. acara ini diadakan ala kadar sahaja.. hanya 5 kategori sahaja diadakan... itupun hanya untuk anak-anak shj... maklum lah nak kena berlari sejauh 1.2km jika dipusing seluruh taman ini.. tentu tak ramai yang berminat.. sangkaan itu meleset sebenarnya... Setiap tahun ada permintaan dari kaum ibu ( yakni Jiran Wanita )malah Jiran Usia Emas pun ada yang minta diadakan sekali... Akhirnya setiap tahun kategori bertambah..

Kini bilangan kategori semakin bertambah, dari 5 kategori di awalnya telah menjadi 12 kategori.. Kategori tersebut adalah :
1. Lelaki 7 - 9 tahun 2. Perempuan 7 - 9 tahun
3. Lelaki 10 - 12 tahun 4. Perempuan 10 - 12 yahun
5. Lelaki 13 - 21 tahun 6. Perempuan 13 - 21 tahun
7. Lelaki 22 - 39 tahun 8. Perempuan 22 - 39 tahun
9. Lelaki 40 - 54 tahun 10. Perempuan 40 - 54 tahun
11. Lelaki 55 tahun ke atas 12. Perempuan 55 tahun ke atas.

Aktiviti tahunan ini merupakan acara kemuncak setiap tahun.. Ini lah acara yang sangat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak terutammanya.. apatah lagi lagi berlari sambil mengibar bendera Jalur Gemilang.. Aktiviti ini biasanya diadakan sempena Bulan Kemerdekaan Tanahair.. tetapi.. sejak 2 tahun kebelakangan ini... aktiviti ini tidak diteruskan kerana Bulan Kemerdekaan jatuh pada Bulan Ramadhan... tak sempat nak dijayakan... Di Daerah pula... Mereka kadangkala tergesa-gesa melakukan pelbagai aktiviti sebelum menyambut Bulan Ramadhan.. Akhirnya LJG ini ditangguhkan seketika..

# Fakta menarik..
- Nor Tasnim Syahera merupakan peserta larian tunggal perempuan 13 -21 menang 4X berturut-turut.. Masa kepantasannya pula lebih pantas dari Jiran Muda lelaki.. wow.. HEBAT
- Satu-satunya aktiviti KRT yang memenuhi Konsep 1 malaysia ( ada melayu,cina & india)
-Aktiviti yang menyumbang paling ramai penyertaan mencecah 500 peserta ( LIHAT GAMBAR )

Sunday, April 11, 2010

AKTIVITI KRT SEBELUM TAHUN 2009

Kili ini memaparkan aktiviti anjuran KRT sebelum tahun 2009

1.MENGECAT PAPAN TANDA TRISMA

Bagi "orang lama " di Taman Sri Semantan ini, papan tanda tersebut merupakan satu nostalgia kepada mereka.. Ketika itu menurut sejarah otai.. Papan tanda tersebut adalah hasil gotong royong penduduk dan askar katanya.. Tulisan pada papan tanda tersebut pula diukir oleh KRAFTANGAN.. Semasa hendak memasang papan tanda yang baru... ramai yang tak bersetuju papan tanda ini dibuang... pesan otai... kalau boleh pasang 2 papan tanda pun tak mengapa... asalkan yang lama ini jangan buang..

jadi.. kami sebagai AJK KRT yang baru... orang baru.. menghormati kehendak mereka... sebagai menghargainya... kami mengambil inisiatif mengecat baru bagi menukar warna yang telah usang..

Kelihatan di dalam gambar yang kedua ( dibawah ini ) adalah Pengerusi JKKK Kg Paya Kechik ( Ketika itu... )turut sama memperindahkan papan tanda itu.. sekarang ini dah tukar nama... TRISMA diletakkan dibawah JKKK Kg Megat Segama..



Friday, April 9, 2010

selawat

Biasanya kelas selawat sebulan sekali... tapi aktiviti ini ISTIMEWA siiikit sebab disambut ketika menyambut tahun baru... ramai Jiran Wanita lain pun hadir.. Wanita UMNO Bhgn pun turut menjayakan sekali. Terima kasih lah kami ucapkan kepada semua yang terlibat..