Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Friday, May 28, 2010

Produk RT - manik 04

Berikut pula gelang tangan..

ada 2 jenis helang :
1. gelang batu berkembar
2. gelang bunga

setiap satu rm 10.00



Produk RT - manik 03

Berikut merupakan bekas potpuri yang dibuat dengan manik..

CANTIKKAN !!!



Produk RT - Manik 02

Gambar berikutnya menunjukkan Bekas telur yang dibuat dari manik..

Sempena Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga Siri 1 Negeri Pahang Bulan Jun tempohari.. JPNIN Temerloh telah menempah bekas telur ini sebanyak 400 biji untuk dijadikan cenderahati kepada semua peserta yang hadir..

Ianya selaras dengan hasrat untuk mengenengahkan produk RT yang diusahakan oleh sesebuah KRT..

# Setiap satu dijual RM 6.00..



PRODUK KRT

Selaras dengan hasrat kerajaan yang inginkan satu KRT satu Produk satu ketika dahulu.. TRISMA juga tidak ketinggalan menghasilkan satu produk..

Lihatlah hasil Produk KRT TRISMA...

# Gambar dibawah menunjukkan hasil key-chain ( rantai kunci )
Setiap satu dijual dengan RM 3.00.












Wednesday, May 26, 2010

lawatan balas 03

bersambung..

Setibanya di Bangau Temerloh... kami ada menyediakan sedikit jamuan ringan petang untuk mereka melalui Pengerusi JKKK disitu.. setelah itu, taklimat berkenaan dengan ikan patin disampaikan.. dari mula cara menternak hingga lah ke membuat sangkarnya..

Mereka begitu khusyuk mendengar dan ada yang membeli ikan patin tersebut untuk dibawa pulang..

Setelah selesai taklimat dan menikmati jamuan ringan.. maka kami pun berpisah... sebahagian kami pulang ke TRISMA manakala mereka pula pulang semula ke Kuala Selangor..

Semoga bertemu lagi di lain kali..



lawatan balas 02

bersambung ...

Setelah kesemuanya menjamu selera.. mereka dibawa pula ke sangkar ikan patin di Bangau Temerloh.. sebelum kesana.. kami bergambar kenangan terlebih dahulu..

Lihat gambar dibawah..



Lawatan Balas KRT Parit Bharu Pekan, Kuala Selangor

Tarikh : 27.12.2009

Sepertimana mereka menyambut kedatangan kami tempohari.. sebegitulah jua kami menyambut mereka... Mereka juga datang dengan sebuah bas.. Mereka sebenarnya dalam rangka lawatan pulang melawat KRT cemerlang di Terengganu dan singgah di TRISMA sebagai membalas kunjungan kami kesana dahulu..

Mereka tiba lebih kurang jam 2.30 petang... Setibanya mereka.. Paluan kompang dari Jiran MUda TrIsMa bergema meraikan kehadiran mereka.. setelah kesemuanya turun dari bas.. Pasukan Silat Sendeng 2 beradik pula dipersembahkan untuk tatapan mata.. Kelihatan mereka begitu tertarik dengan pesembahan silat tersebut..

Seperti biasa.. Ucapan alu-aluan dilakukan.. Setelah Pengerusi KRT dan Pegawai Perpaduan Temerloh ( Puan Aziza AB Rawi ) berucapkan, giliran mereka berucap, dan bertukar-tukar cenderahati dilakukan.. setelah jamuan tengahari dihidangkan... Giliran kami pula menghidangkan masakan famous disini.. Ikan Patin masak tempoyak.. huhu.. sungguh enak tak terkata hasil gotong royong Jiran Wanita menyediakannya..

bersambung...



Monday, May 24, 2010

press confrence

Sidang Akhbar SINAR HARIAN dilakukan..

TArikh : 24.12.2009
Tempat : Bilik Rukun Tetangga TRISMA

# Bertujuan bukan untuk bermegah diri.. sekadar memaklumkan bahawa Jiran Muda secara umunya harus memperkasakan diri dan jati diri.. serta membakar semangat kepada Jiran Muda Temerloh bagi terus bergiat aktif di dalam kerja-kerja sukarela disamping bergiat aktif di dalam aktiviti yang diminati Jiran Muda..



Sunday, May 23, 2010

Anugerah JM pahang

AKHIRNYA ....

Setelah berhempas pulas membuat presentasi sempena Anugerah Pengurusan Jiran Muda Terbaik tempohari.. maka tiba lah saat yang ditunggu-tunggu. satu Penantian yang begitu mendebarkan..

Majlis diadakan di :
Tempat : spa & swiss garden kuantan
Tarikh : 20.12.2009
Majlid Dirasmikan oleh : YB dato' Hj Mohammad Sahfri B. Abd Aziz.. Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Keputusan :
1. Pengurusan Jiran Muda Terbaik : Jiran Muda TRISMA ( TEMERLOH )
2. Pengurusan SRS Terbaik : KRT Tmn Sri Kemuning Indah ( TEMERLOH )
3. Pengurusan Projek Ekonomi KRT Terbaik : KRT Tmn Temerloh Jaya ( TEMERLOH )
4. Pengurusan Jiran Wanita Terbaik : KRT ( JERANTUT )
5. Pengurusan Rukun Tetangga Terbaik : KRT ( CAMERON HIGHLANDS )

# syabas kepada semua pemenang..



Presentasi Jiran Muda

TRISMA mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPNIN Temerloh kerana sudi mencalonkan TRISMA bagi kategori Pengurusan Jiran Muda Terbaik Sempena ANUGERAH KECEMERLANGAN RUKUN TETANGGA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009.

Tarikh : 09.12.2009
Tempat : Bilik Rukun Tetangga, TRISMA

Ini ketika membuat presentasi untuk pencalonan Kategori : Pengurusan Jiran Muda Terbaik Negeri Pahang..

Deskripsi :

Gambar 1 - Kelihatan 3 panel Juri sedang membuat penilaian, Masing-masing dari JPNIN Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri.

Gambar 2 - Kelihatan Hafizi Jalil sedang bersiap-siap selaku Pembentang utama

Gambar 3 - Inilah wajah-wajah kebimbangan Jiran Muda yang kelihatan begitu gementar ketika sesi soal jawab..

# walau apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada Jiran Muda TRISMA yang mewakili daerah Temerloh.


Saturday, May 22, 2010

SRS telah bermula..

Setelah beberapa kali bermesyuarat, kini. TRISMA telah berjaya mengorak langkah dengan menubuhkan SRS ( Skim Rondaan Sukarela )..

Laporan Bergambar..

# Gmbr menunjukkan beberapa anggota polis hadir memberi taklimat berkenaan dengan rondaan malam dibawah Skim Rondaan Sukarela



Friday, May 21, 2010

Pasukan Kompang bermula...

Pasukan Kompang TRISMA yang terdiri dari Jiran Muda mula ditubuhkan ... Setelah mendapat sedikit peruntukan dari YB Dato' maka KRT TRISMA terus menubuhkan pasukan ini... Jiran Muda ini berlatih 2X seminggu

Laporan Bergambar..


Thursday, May 20, 2010

Majlis Berbuka puasa

Aktiviti ini dijalankan setiap tahun oleh KRT Taman Sri Semantan.

Info Majlis Ppada tahun 2009 :

Tarikh : 13.09.2009
Tempat : Masjid Taman Sri Semantan

Laporan Bergambar ..