Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Wednesday, May 26, 2010

Lawatan Balas KRT Parit Bharu Pekan, Kuala Selangor

Tarikh : 27.12.2009

Sepertimana mereka menyambut kedatangan kami tempohari.. sebegitulah jua kami menyambut mereka... Mereka juga datang dengan sebuah bas.. Mereka sebenarnya dalam rangka lawatan pulang melawat KRT cemerlang di Terengganu dan singgah di TRISMA sebagai membalas kunjungan kami kesana dahulu..

Mereka tiba lebih kurang jam 2.30 petang... Setibanya mereka.. Paluan kompang dari Jiran MUda TrIsMa bergema meraikan kehadiran mereka.. setelah kesemuanya turun dari bas.. Pasukan Silat Sendeng 2 beradik pula dipersembahkan untuk tatapan mata.. Kelihatan mereka begitu tertarik dengan pesembahan silat tersebut..

Seperti biasa.. Ucapan alu-aluan dilakukan.. Setelah Pengerusi KRT dan Pegawai Perpaduan Temerloh ( Puan Aziza AB Rawi ) berucapkan, giliran mereka berucap, dan bertukar-tukar cenderahati dilakukan.. setelah jamuan tengahari dihidangkan... Giliran kami pula menghidangkan masakan famous disini.. Ikan Patin masak tempoyak.. huhu.. sungguh enak tak terkata hasil gotong royong Jiran Wanita menyediakannya..

bersambung...



No comments:

Post a Comment