Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Sunday, May 23, 2010

Presentasi Jiran Muda

TRISMA mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPNIN Temerloh kerana sudi mencalonkan TRISMA bagi kategori Pengurusan Jiran Muda Terbaik Sempena ANUGERAH KECEMERLANGAN RUKUN TETANGGA PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009.

Tarikh : 09.12.2009
Tempat : Bilik Rukun Tetangga, TRISMA

Ini ketika membuat presentasi untuk pencalonan Kategori : Pengurusan Jiran Muda Terbaik Negeri Pahang..

Deskripsi :

Gambar 1 - Kelihatan 3 panel Juri sedang membuat penilaian, Masing-masing dari JPNIN Negeri, Jabatan Belia dan Sukan Negeri, dan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri.

Gambar 2 - Kelihatan Hafizi Jalil sedang bersiap-siap selaku Pembentang utama

Gambar 3 - Inilah wajah-wajah kebimbangan Jiran Muda yang kelihatan begitu gementar ketika sesi soal jawab..

# walau apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada Jiran Muda TRISMA yang mewakili daerah Temerloh.


No comments:

Post a Comment