Tarikh : 21.05.2010
Tempat : Negeri Melaka Bandar Bersejarah..
Seawal jam 7.00 pagi Pasukan penyokong 1 bas dari Temerloh yang merangkumi 3 KRT iaitu KRT Taman Sri Semantan ( Pengurusan Jiran Muda Terbaik ) KRT Taman Temerloh Jaya ( Projek Ekonomi Terbaik ), dan KRT Taman Sri Kemuning Indah ( Pengurusan SRS Terbaik ) yang mana masing-masing mewakili Daerah Temerloh sempena Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga 2010 Peringkat Kebangsaan bergerak ke Negeri Melaka..
Tarikh 21.05.2010 ini merupakan tarikh bersejarah bagi 3 KRT yang bertanding mengikut kategori yang dicalonkan ini.. Apatah lagi ianya adalah Peringkat Kebangsaan.. masing-masing menuju kesana dengan satu harapan..
Bagi KRT Taman Sri Semantan ini, inilah kali pertama KRT TRISMA bertanding dan ianya merupakan satu penghargaan TERTINGGI setakat ini.. Menang atau kalah bukan lagi menjadi topik di TRISMA tetapi tercalon sahaja ke peringkat ini sudah cukup membanggakan buat TRISMA..
Pengerusi KRT dan Nurul Syahida Abd JAlil ( pembentang utama profail JM peringkat kebangsaan ini ) pula dan beberapa wakil KRT lain pula menaiki 1 lagi bas pada jam 9.00 pagi dimana mereka berdua ini bukan sahaja akan naik ke pentas untuk menerima sijil penyertaan malah mereka akan tinggal disana selama 2 hari bagi menyertai Simposium Rukun Tetangga yang diadakan serentak...
Malam jam 8.30.. Detik yang dinantikan semua peserta KRT yang bertanding.. Hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Melaka..
Keputusannya : KRT TRISMA memenangi tempat KETIGA bagi pengurusan Jiran Muda Terbaik Kebangsaan.. Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi.. Sekurang-kurangnya KRT TRISMA tidak pulang dengan tangan kosong dan berjaya menempatkan nama sebaris dengan KRT lain yang berjaya..
Buat Jiran Muda TRISMA syabas dan tahniah diucapkan...
Lihat Gambar 2 : Dari kiri...
Pengerusi KRT TRISMA Hazahanizal Rasak( baju merah menyala ),Puan Fairojibanu Zainal Abidin ( Pengarah JPNIN Pahang ), Dato' Hj Mohammad Sahfri Abd Aziz, Nurul Syahida Ab Jalil, Ahmad Hafizi Jalil, Mohd fareez Zainudin, Farhanum Jamaludin, Pn Aziza Ab Rawi ( Pegawai JPNIN Temerloh )... Depan : Nor Tasnim Syahera Bt Rasak dan Mohd Faeiz Helmey Mohd A'sia


