Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Thursday, April 22, 2010

INFO JPNIN

SEJARAH :
1 Julai 1969 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1972 Kementerian Perpaduan Negara
1974 Lembaga Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1980 Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1983 Jabatan Perpaduan Negara (Jabatan Perdana Menteri)
1990 Jabatan Perpaduan Negara (Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat)
2004 Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)
2008 Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Kementerian Perpaduan,
Kebudayaan, Kesenian & Warisan)
April 2009 Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (Jabatan Perdana Menteri)

Visi : Menjadi Sebuah Agensi Kerajaan Yang Unggul Dalam Usaha Melahirkan Bangsa
Malaysia Yang Bersatu Padu, Berwawasan Dan Berdaya Maju

Misi : Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan Interaksi
Sosial Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu Dan Beridentiti
Nasional

Moto : " BERSATU KITA MAJU "

Piagam Pelanggan :

MERANCANG, MENYELARAS DAN MELAKSANAKAN 4 PROGRAM UTAMA YANG BOLEH MEMUPUK DAN MENGUKUHKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL SERTA MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK DI KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI NEGARA INI IAITU; PROGRAM MENYAMBUT SEMANGAT PATRIOTISME, PROGRAM PROMOSI PERPADUAN, PROGRAM INTEGRASI WILAYAH/KAUM DAN PROGRAM PERHUBUNGAN KOMUNITI

MENENTUKAN PENUBUHAN RUKUN TETANGGA SIAP DAN DILULUSKAN DALAM TEMPOH DUA (2) BULAN DARI TARIKH PERMOHONAN

MENGADAKAN KURSUS DAN LATIHAN KEPADA SEKURANG-KURANGNYA 1000 AHLI RUKUN TETANGGA SETIAP TAHUN

MEMPROSES PERMOHONAN YANG LENGKAP TABIKA PERPADUAN DALAM TEMPOH TIGA (3) BULAN DARI SURAT PERMOHONAN

MELAKSANAKAN PEMBUKAAN TABIKA BARU PADA TAHAP 100% DALAM MASA SETAHUN

MENGURUS DAN MEMBUAT PEMBAYARAN BAGI SEGALA URUSAN KEWANGAN DALAM MASA 14 HARI SELEPAS TARIKH PENERIMAAN

MELAKSANAKAN KURSUS-KURSUS DAN LATIHAN KEPADA TAHAP 80% BERDASARKAN PERANCANGAN TAHUNAN IKLIN

MENYIAP DAN MELAKSANAKAN 5 KAJIAN/PENYELIDIKAN BERKAITAN PERPADUAN DAN INTEGRASI SETAHUN

SUMBER MAKLUMAT : http://www.jpnin.gov.my/home

Anda boleh layari laman web tersebut bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci. Terima kasih..

No comments:

Post a Comment