Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Sunday, April 11, 2010

AKTIVITI KRT SEBELUM TAHUN 2009

Kili ini memaparkan aktiviti anjuran KRT sebelum tahun 2009

1.MENGECAT PAPAN TANDA TRISMA

Bagi "orang lama " di Taman Sri Semantan ini, papan tanda tersebut merupakan satu nostalgia kepada mereka.. Ketika itu menurut sejarah otai.. Papan tanda tersebut adalah hasil gotong royong penduduk dan askar katanya.. Tulisan pada papan tanda tersebut pula diukir oleh KRAFTANGAN.. Semasa hendak memasang papan tanda yang baru... ramai yang tak bersetuju papan tanda ini dibuang... pesan otai... kalau boleh pasang 2 papan tanda pun tak mengapa... asalkan yang lama ini jangan buang..

jadi.. kami sebagai AJK KRT yang baru... orang baru.. menghormati kehendak mereka... sebagai menghargainya... kami mengambil inisiatif mengecat baru bagi menukar warna yang telah usang..

Kelihatan di dalam gambar yang kedua ( dibawah ini ) adalah Pengerusi JKKK Kg Paya Kechik ( Ketika itu... )turut sama memperindahkan papan tanda itu.. sekarang ini dah tukar nama... TRISMA diletakkan dibawah JKKK Kg Megat Segama..



No comments:

Post a Comment