Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Thursday, April 1, 2010

AKTIVITI SEBELUM TAHUN 2009

Di sini sengaja kami masukkan aktiviti - aktiviti yang lama bagi tatapan umum.. Sejarah lama kadangkala perlu dikenang apatah lagi bagi membuktikan keaktifan sesebuah organisasi.. Sebagai permulaannya kami paparkan aktiviti JIRAN WANITA.

JIRAN WANITA

Sejak mula ditubuhkan, Nama Jiran Wanita TRISMA cukup gah di serata semenanjung ini di sekitar tahun 1990an. Mereka begitu aktif di dalam menjayakan pelbagai aktiviti di taman ini.. Bukan sahaja aktiviti di dalam, malah aktiviti luar yang dianjurkan oleh pelbagai Jabatan Kerajaan mahupun NGO turut disertai..

Kita ikuti laporan bergambar seterusnya..

No comments:

Post a Comment