Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Monday, May 3, 2010

Kursus Penampilan JIRAN MUDA

Ini merupakan Kursus Penampilan Jiran Muda yang dianjurkan oleh KRT TRISMA dan JPNIN Temerloh. Tujuan aktiviti adalah bertujuan memberi pendedahan asas kepada penampilan jiran Muda.. Disini mereka berpeluang mempelajari teknik mengenakan pemakaian tudung berfesyen yang sesuai dengan usia mereka.. Kursus sehari ini telah dihadiri seramai 55 peserta Jiran Muda Perempuan sahaja yang dibahagikan kepada beberapa slot..

Slot 1 - Pengenalan Jiran Muda kepada JPNIN
slot 2 - Teknik asas mengenakan tudung yang bersesuaian
Slot 3 - Teknik asas mengenakan mekap asas yang sesuai dengan usia
slot 4 - kebersihan asas untuk Jiran Muda perempuan

Laporan bergambar ..

gambar 1 & 3 - seorang peserta Jiran Muda dipilih menjadi model untuk ditunjukajar cara-cara menegenakan tudung

Gambar 2 - Sebahagian peserta yang hadir

gambar 4 - Kelihatan Puan Aziza Ab Rawi ( Pegawai Perpaduan Temerloh ) berbaju kuning turut hadir membuat ucapan alu aluan dan memperkanalkan jabatan serta merasmikan program.













No comments:

Post a Comment