Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Saturday, May 8, 2010

Lawatan Integrasi Ekonomi-IKS 03

bersambung...

Setelah itu, kami dibawa pula ke tempat tapak semaian " mas cotek" dimana salah seorang penduduk disitu mengusahakannya secara besar-besaran dan komersil.. Disitu kami diberi taklimat tentang asal-usul mas cotek.. cara penanamannya dan khasiatnya..

Setelah selesai semuanya... kami bergambar kenangan di hadapan rumahnya dan mula berangkat pulang ke Temerloh.. Kami mula bergerak pulang kira-kira jam 5.30 petang.. alhamdulillah sepanjang perjalanan kami pergidan balik berjalan lancar.. kami tiba di TRISMA lebih kurang jam 12 malam..
wallahu'alam..



No comments:

Post a Comment