Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Monday, April 12, 2010

Larian Jalur Gemilang ( LJG ) TRISMA

Larian Jalur Gemilang ( LJG ) TRISMA ini telah diadakan sejak tahun 2002 lagi... Pengasas kepada acara ini sudah tentunya sdr HAZA ( juga dikenali sbg ABG AZ ). Di TRISMA sebut sahaja LJG, secara automatis nya semua penduduk TRISMA akan tau yang handle program nie tentu Haza/AZ.

Pada Tahun 2002.. acara ini diadakan ala kadar sahaja.. hanya 5 kategori sahaja diadakan... itupun hanya untuk anak-anak shj... maklum lah nak kena berlari sejauh 1.2km jika dipusing seluruh taman ini.. tentu tak ramai yang berminat.. sangkaan itu meleset sebenarnya... Setiap tahun ada permintaan dari kaum ibu ( yakni Jiran Wanita )malah Jiran Usia Emas pun ada yang minta diadakan sekali... Akhirnya setiap tahun kategori bertambah..

Kini bilangan kategori semakin bertambah, dari 5 kategori di awalnya telah menjadi 12 kategori.. Kategori tersebut adalah :
1. Lelaki 7 - 9 tahun 2. Perempuan 7 - 9 tahun
3. Lelaki 10 - 12 tahun 4. Perempuan 10 - 12 yahun
5. Lelaki 13 - 21 tahun 6. Perempuan 13 - 21 tahun
7. Lelaki 22 - 39 tahun 8. Perempuan 22 - 39 tahun
9. Lelaki 40 - 54 tahun 10. Perempuan 40 - 54 tahun
11. Lelaki 55 tahun ke atas 12. Perempuan 55 tahun ke atas.

Aktiviti tahunan ini merupakan acara kemuncak setiap tahun.. Ini lah acara yang sangat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak terutammanya.. apatah lagi lagi berlari sambil mengibar bendera Jalur Gemilang.. Aktiviti ini biasanya diadakan sempena Bulan Kemerdekaan Tanahair.. tetapi.. sejak 2 tahun kebelakangan ini... aktiviti ini tidak diteruskan kerana Bulan Kemerdekaan jatuh pada Bulan Ramadhan... tak sempat nak dijayakan... Di Daerah pula... Mereka kadangkala tergesa-gesa melakukan pelbagai aktiviti sebelum menyambut Bulan Ramadhan.. Akhirnya LJG ini ditangguhkan seketika..

# Fakta menarik..
- Nor Tasnim Syahera merupakan peserta larian tunggal perempuan 13 -21 menang 4X berturut-turut.. Masa kepantasannya pula lebih pantas dari Jiran Muda lelaki.. wow.. HEBAT
- Satu-satunya aktiviti KRT yang memenuhi Konsep 1 malaysia ( ada melayu,cina & india)
-Aktiviti yang menyumbang paling ramai penyertaan mencecah 500 peserta ( LIHAT GAMBAR )

No comments:

Post a Comment