Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Friday, April 23, 2010

Lawatan Integrasi SABAH

Kebiasaannya JPNIN Negeri akan menghantar setiap Wakil KRT ke satu Lawatan Integrasi Ke Sabah. Pemilihan peserta berdasarkan kepada yang lama berkhidmat dengan kerja-kerja sukarela ini mahupun kepada mereka yang banyak menyumbang bakti terhadap JPNIN dalam melakukan aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga.

Pada tahun 2006 ini.. JPNIN Daerah Temerloh telah mencalonkan Puan Hasnah Hasan untuk menyertai Lawatan Integrasi ini... Bertepatan dengan kegigihan beliau melaksanakan program Jiran Wanita mahupun RT.




No comments:

Post a Comment