Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Tuesday, June 1, 2010

TAHUN 2010 bermula....

Tahun 2010 TRISMA melangkah dengan penuh pengharapan.. Harapan dalam menjadi sebuah KRT contoh di Daerah Temerloh ini.. Setelah Tahun 2009, TRISMA lalui dengan kejayaan yang tidak disangka walaupun sesetengahnya berpendapat KRT TRISMA hanya memenangi Anugerah Pengrusan Jiran mUda terbaik SAHAJA.. tetapi bagi kami disini.. Tanpa KRT tiada Jiran Muda.. Walaupun hanya kategori Jiran Muda tetap ianya menunjukkan satu komitmen yang baik dari KRT.. kerana KRT lah yang menggerakkan Jiran Muda..

Difahamkan Anugerah Pengurusan Jiran Muda terbaik ini akan dibawa pula ke Peringkat KEBANGSAAN.. Yakni jika ada rezeki... TRISMA akan dicalonkan pula ke peringkat KEBANGSAAN... Seandainya ini berlaku.. maka ianya merupakan SEJARAH Paling MANIS buat KRT TRISMA... Tidak pernah termimpikan dek KRT TRISMA yang KECIL, KERDIL ini di mata sesetengah pihak.. Apatah untuk meletakkan nama KRT TRISMA sebaris dengan KRT lain yang cemerlang.. kadangkala inilah dikatakan rezeki..

Apapun. buat KRT TRISMA, teruskan keaktifan, kecemerlangan dan kejayaan anda.. BUKTIKAN kepada DUNIA.. walaupun kecil dan kerdil.. tetapi mempunyai semangat yang jitu, besar dan gagah dalam bersaing menuju KE PUNCAK..

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment