Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Saturday, July 10, 2010

simposium sukan pahang

TUNAS JIRAN & JIRAN MUDA BERKOMPANG

Lokasi : Dewan Tun Abdul Razak Temerloh
Tarikh : 28.03.2010

Aktiviti ini pula adalah Jemputan bermain kompang sempena Perasmian Simposium Sukan Peringkat Negeri Pahang.. Terima kasih kepada En.Musa yang memberi kepercayaan kepada anak-anak TRISMA untuk memeriahkan lagi penganjuran tersebut..



Friday, July 9, 2010

xplorace 03 gambira

bersambung...

Walaupun sedari awal TRISMA telah mengetahui memang takkan menang pertandingan ini kerana mendapat klu bayangan yang salah.. tetapi pasukan TRISMA tetap meneruskan cabaran dengan GEMBIRA.. Memang TRISMA pantang MENYERAH KALAH.. Tahniah kepada pengerusinya yang memang cekal hati dan semangat..

Lihatlah Gambar di bawah..

Tetap HAPPY dalam semua situasi dan cabaran yang diberikan..



Thursday, July 1, 2010

xplorace02

Jom kita lihat aksi-aksi menarik sepanjang xplorace tersebut..

# salah satu tugasan yang perlu dilakukan oleh peserta pada checkpoint tersebut ( GAMBAR 4 ) iaitu melontar bola besi ke dalam gelung tayar dihadapan berjarak 5 meter di hadapan lebih kurang...

# Gambar 3 - Aksi yang diperlukan ketika melontar bola besi tersebut.. AKSI AKROBATIK LAGI UNIK ini dikatakan mendapat 10++ mata penuh oleh panel juri.. hehehe..

# gambar 2 - Apa pula dilakukan di sebalik pokok ramai-ramai tuh.. ooo itulah acara mencatat nama saintifik pokok yang diperlukan.. hmm susah jugak ekk..

# gambar 1 - ketika sampai ke garisan penamat..



xplorace01

Tarikh : 26.06.2010
Tempat : Kubang Gajah Temerloh
Jam : 2.00 petang

Deskripsi :
Terlebih dahulu TRISMA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPNIN Temerloh yang sudi mempelawa kami menyertai Explorace anjuran MPT ini..

Acara bermula jam 2.30 petang ( taklimat ) dan mula bergerak menghabiskan kesemua 10 checkpoint yang diperlukan pada jam 2.45 petang.. Kesemua peserta perlu menghabiskan kesemua 10 tugasan di 10 checkpoint yang disediakan. Pertama kali TRISMA menyertai acara sebegini.. boleh dikatakan acara ini sangat menarik.. Sebanyak 15 pasukan yang terdiri seramai 6 orang sepasukan semuanya menyertai explorace MPT ini..

LIHAT GAMBAR DIBAWAH..

Gambar 2 & 4 - Peserta diberi taklimat di bawah sinaran mentari yang terik.. namun semua peserta tetap bersemangat.. dan yang penting kesemuanya selamat sampai ke checkpoint terakhir dengan selamat sihat segar bugar.. tak ada yang cedera pengsan dan sebagainya.. Kelihatan TRISMA ( baju merah ) dan JPNIN ( baju biru ) berbaris bersebelahan.. hmm bagai anak dan ayah.. walaupun bagai anak dan ayah.. bersaing tetap bersaing.. tiada kompromi..

Gambar 1 & 3 - Kesungguhan peserta TRISMA mencari klu tersirat disebalik pantun yang disediakan.. berlari ke hulu ke hilir mencari sesuatu.. seperti ibu kehilangan anak.. tapi dalam gambar tu bukan seperti ibu mencari anak.. tapi macam AYAM KENA KEJAR SERIGALA huhu..