Blog ini memaparkan aktiviti-aktivi yang dijayakan oleh KRT Taman Sri Semantan ( TRISMA ) dibawah komponen Jiran-jirannya : Jiran Wanita, Jiran Muda, jiran Usia Emas dan Tunas Jiran serta SRS ( Skim Rondaan Sukarela ). Terima kasih dirakamkan kepada JPNIN ( Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ) samada Daerah mahupun Negeri yang tak pernah jemu membimbing KRT kami.. Jua, terima kasih kepada semua Jabatan Kerajaan mahupun NGO yang turut memberi sumbangan kepada kami

Sekalung penghargaan dirakamkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak !!!

Thursday, July 1, 2010

xplorace01

Tarikh : 26.06.2010
Tempat : Kubang Gajah Temerloh
Jam : 2.00 petang

Deskripsi :
Terlebih dahulu TRISMA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPNIN Temerloh yang sudi mempelawa kami menyertai Explorace anjuran MPT ini..

Acara bermula jam 2.30 petang ( taklimat ) dan mula bergerak menghabiskan kesemua 10 checkpoint yang diperlukan pada jam 2.45 petang.. Kesemua peserta perlu menghabiskan kesemua 10 tugasan di 10 checkpoint yang disediakan. Pertama kali TRISMA menyertai acara sebegini.. boleh dikatakan acara ini sangat menarik.. Sebanyak 15 pasukan yang terdiri seramai 6 orang sepasukan semuanya menyertai explorace MPT ini..

LIHAT GAMBAR DIBAWAH..

Gambar 2 & 4 - Peserta diberi taklimat di bawah sinaran mentari yang terik.. namun semua peserta tetap bersemangat.. dan yang penting kesemuanya selamat sampai ke checkpoint terakhir dengan selamat sihat segar bugar.. tak ada yang cedera pengsan dan sebagainya.. Kelihatan TRISMA ( baju merah ) dan JPNIN ( baju biru ) berbaris bersebelahan.. hmm bagai anak dan ayah.. walaupun bagai anak dan ayah.. bersaing tetap bersaing.. tiada kompromi..

Gambar 1 & 3 - Kesungguhan peserta TRISMA mencari klu tersirat disebalik pantun yang disediakan.. berlari ke hulu ke hilir mencari sesuatu.. seperti ibu kehilangan anak.. tapi dalam gambar tu bukan seperti ibu mencari anak.. tapi macam AYAM KENA KEJAR SERIGALA huhu..













No comments:

Post a Comment